Friday 13 September 2013

Utama


Perhatian untuk anda yang memang kaki makan, kuat makan, penggemar makanan tradisional atau suka menikmati makanan tradisional yang lazat.
 
"Jika anda Masih Tercari-Cari Serunding Yang Memang Lazat, Tahan Lama, Boleh Dimakan Dengan Pelbagai Hidangan Dan Dihasilkan Dari Resepi Serunding Kampung Laut Sejati, HENTIKAN PENCARIAN Anda Sekarang!"
Ini kerana, pencarian anda untuk mencari serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan yang lazat AKAN BERAKHIR DI SINI!
 
Anda tidak lagi perlu menempuh 'traffic jam', tidak perlu lagi terpaksa membayar tol dan parking yang memang mahal semata-mata inginkan serunding yang menjadi kegemaran anda.
 

Simply D'licious akan membantu anda memilih serunding pilihan anda dan membuat dengan mudah.. dan ianya akan dihantar dengan pantas ke muka pintu rumah atau pejabat anda.

Apa itu Serunding??
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dikenali juga sebagai Sambal Daging. Ia banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.

Tarikh kewujudan serunding belum dapat dipastikan, namun perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopori oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.



Kenapa Serunding Kampung Laut??
Kampung Laut merupakan pusat pengeluaran serunding asli secara tradisional. Kebanyakan pengeluar terdiri daripada pengusaha industri kampung, yang mengusahakan secara tradisional, mengutamakan kebersihan. Sambal Daging tidak dibuat secara pengeluaran pukal, kerana buat masa ini tiada mesin yang boleh memecahkan gentian daging yang kelihatan selari. Mesin yang ada hanya mampu melumatkan dan menghancurkan daging. Oleh itu serunding (sambal daging) yang asli masih kekal dibuat secara tradisional oleh mereka yang mempunyai kemahiran khusus yang tertentu.

Ramuan asas serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu, rempah ratus, dan santan. Daging Lembu tempatan mempunyai rasa yang lebih enak dimakan.

0 comments:

Post a Comment