Friday 13 September 2013

Utama


Perhatian untuk anda yang memang kaki makan, kuat makan, penggemar makanan tradisional atau suka menikmati makanan tradisional yang lazat.
 
"Jika anda Masih Tercari-Cari Serunding Yang Memang Lazat, Tahan Lama, Boleh Dimakan Dengan Pelbagai Hidangan Dan Dihasilkan Dari Resepi Serunding Kampung Laut Sejati, HENTIKAN PENCARIAN Anda Sekarang!"
Ini kerana, pencarian anda untuk mencari serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan yang lazat AKAN BERAKHIR DI SINI!
 
Anda tidak lagi perlu menempuh 'traffic jam', tidak perlu lagi terpaksa membayar tol dan parking yang memang mahal semata-mata inginkan serunding yang menjadi kegemaran anda.
 

Simply D'licious akan membantu anda memilih serunding pilihan anda dan membuat dengan mudah.. dan ianya akan dihantar dengan pantas ke muka pintu rumah atau pejabat anda.

Apa itu Serunding??
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dikenali juga sebagai Sambal Daging. Ia banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.

Tarikh kewujudan serunding belum dapat dipastikan, namun perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopori oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.



Kenapa Serunding Kampung Laut??
Kampung Laut merupakan pusat pengeluaran serunding asli secara tradisional. Kebanyakan pengeluar terdiri daripada pengusaha industri kampung, yang mengusahakan secara tradisional, mengutamakan kebersihan. Sambal Daging tidak dibuat secara pengeluaran pukal, kerana buat masa ini tiada mesin yang boleh memecahkan gentian daging yang kelihatan selari. Mesin yang ada hanya mampu melumatkan dan menghancurkan daging. Oleh itu serunding (sambal daging) yang asli masih kekal dibuat secara tradisional oleh mereka yang mempunyai kemahiran khusus yang tertentu.

Ramuan asas serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu, rempah ratus, dan santan. Daging Lembu tempatan mempunyai rasa yang lebih enak dimakan.

Wednesday 11 September 2013

Pizza Simply Tradisi










Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Bahan utk Doh :-
• 1 kg tepung gandum
• 1 s/b minyak zaitun/jagung
• 11g mauripan (yis)
• 2 cawan air - suam2
• garam

Bahan-bahan utk Topping (agak2):-
• Bawang merah
• Lada Capsicum hijau
• Nenas (dlm tin pun boleh)
• Serunding Daging/ayam/ikan
• Cendawan butang
• Sosej
• Sos pizza (ada dijual)
• Lada sulah
• Bawang putih - utk menumis
• Mozarella

Cara-cara
1. Untuk Doh : masukkan tepung +air +yis + garam + minyak. Uli sehingga menjadi doh dan perapkan selama 20min. Doh akan mengembang dan bahagikan kpd 6. Canaikan/tekan2 atas tray.
2. Kemudian sapukan sos pizza dan taburkan mozarela sedikit dan kemudian ditaburkan serunding daging/ayam/ikan, cendawan, lada capsicum, nenas dan bawang.
3. Akhir sekali taburkan mozarella, dan bakar pada suhu 180c selama 25min (grill bawah shj)

Pai Ayam Simply Serunding

 
Bahan-bahan ( ~dapat 8 biji pie kecil.. )

Pasrty:
• -150gram butter
• -250gram tepung gandum
• -1 sudu kecil gula
• -1 kuning telor
• -secubit garam

Inti:
• -1 bijik bwg bsr dicincang
• -1 cwn kentang yg dipotong dadu
• -1 cwn mix vegetable
• -cendawan butang dihiris
• -2 keping dada ayam diptg kecil
• -1/2 cawan serunding ayam
• -minyak
• -1\2 cawan air.
• -1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
• -1 sudu bsr gula & sos tiram
• -garam dan lada sulah

Cara-cara
1. Pastry:
Gaul dgn tgn sume bahan-bahan pastry sehingga jadi mcm breadcrumbs. Masukkan sedikit air sejuk sehingga doh menjadi lembut.

2. Inti:
Goreng kentang sehingga berwarna keemasan..Set aside. Panaskan 2 sudu minyak..Tumis bwg besar kemudian masukkan mix vegetable. Cendawan, ayam dan kentang yg telah digoreng tadi.. Masukkan sedikit air. Sos tiram, gula, garam & lada sulah. Akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti menjadi pekat. Sejukkan inti.

3. Roll out doh dan potong mengikut acuan pie.
Letakkan inti kedalamnya, taburkan serunding ayam dan ditutup dgn kepingan doh. Di atas pie dicucuk dgn garfu dan disapu dgn kuning telor. Bakar ke dlm oven 180 celcius selame 25-30 minit. Lebihan doh boleh digunakan untuk menghias pie.

Kuih Cara Simply Berlauk Serunding


Bahan-bahan ( 4-5 Orang )

Bahan Untuk Inti:
• 1 cawan daging kisar
• 1 biji bawang besar (potong dadu)
• 1 ulas bawang putih (potong halus2)
• 1 sudu rempah Kari daging
• Serunding daging
• Sedikit garam
• Sedikit minyak utk menumis
• Daun bawang atau Daun sup (dihiris)
• Cili merah (dihiris)

Adunan kuih:
• 2 cawan tepung gandum
• 1 cawan Santan
• 2 cawan air
• 1 biji telur (ikut Suka)
• Sedikit garam
• Sedikit kunyit atau pewarna kuning

Cara-cara
1. Untuk inti, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan rempah kari,garam dan daging. Tumis hingga masak dan ketepikan.
2. Untuk kuih pula,blend semua bahan hingga sebati.
3. Panaskan acuan dgn api pelahan, sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat, tuangkan adunan kuih sedikit demi sedikit kemudian letakkan inti,sedikit serunding daging, daun bawang dan cili masak. Tutup seketika dgn penutup. Kemudian boleh la angkat.

Pizza Simply Sempoi & D’licious


Bahan-bahan
• 1-2 bantal roti (gardiena)
• 3 ulas bwg merah & putih (dicincang)
• 1 paket sosej (didadu)
• 1 paket crab stick (didadu)
• Serunding daging/ayam (ikut selera nak berapa banyak)
• sos cili/tomato
• mayonis
• serbuk lada sulah/lada hitam
• marjerin
• 1 biji telur (dikacau)

Cara-cara
1. Tumis bhn yg dicincang dan didadu dgn sedikit marjerin..perasakan dgn serbuk lada sulah/lada hitam/garam). Masukkan inti ke dlm telur tadi...
2. Sapukan marjerin, sos dan mayo ke atas roti.
3. Letakkan inti tadi dan taburkan serunding daging/ayam sesuka hati.
4. Bakar 8-10min ataupun hingga agak garing..(if u all suka garing la..)
5. Keluarkan pizza dan letakkan lagi sos dan mayo..sedia utk ngapp

Bun Serunding


Bahan-bahan
Doh (bergantung size doh yg dibentuk)
• 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
• 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
• 1 sk rata garam
• 2 sb susu tepung (opt)
• 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
• 1 biji telur
• 250 ml air
• 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Inti Bun
• Serunding daging/ayam

Cara-cara
Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti serunding daging atau ayam.
Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.

Bubur Nasi Simply Serunding


Bahan-bahan (4 orang)1 pot beras
1 kiub pati bilis
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
daun bawang dan daun sup dihiris
lobak merah dipotong dadu
Serunding daging/ayam
garam secukup rasa
sedikit serbuk sup

Cara-cara
1.Masukkan beras ke dalam periuk sederhana besar dan bersihkan.
2.Kemudian masukkan air sehingga penuh periuk dan didihkan
3.Masukkan kiub pati bilis ke dalam periuk dan biarkan sampai beras mula mengembang.
4.Setelah beras mula mengembang, masukkan lobak merah dan kacau.
5.Perlahankan api dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan serunding ayam/daging.
6.Di dalam kuali yang berasingan, masukkan sedikit minyak dan biarkan panas dengan api yang perlahan dan goreng bawang merah yg telah dihiris sehingga garing.
7.Kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk serta sedikit serbuk sup.
8.Masukkan daun sup dan daun bawang yang telah dihiris kemudian gaul rata.
9.Tuangkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk bubur dan digaul rata.
10.Sedia untuk dihidang

Kenapa mesti serunding?


1. Serunding menjimatkan kos pembelian makanan anda.  Kenapa saya kata begitu ye? Ini kerana, serunding memang tahan lama yang mana dengan 1 pembelian sahaja, ianya akan tahan sehingga 6 bulan. Menjimatkan, bukan? 

2. Serunding ini boleh dinikmati seisi keluarga anda.  Jadi, dengan satu pembelian sahaja, satu keluarga anda akan dapat merasai kelazatannya.
Bukankah ini akan lebih menjimatkan wang anda berbanding dengan membeli makanan segera yang memang mahal (lebih mahal dengan adanya Service Tax lagi tu..)

3. Serunding boleh dicampurkan dalam berbagai-bagai jenis masakan atau hidangan untuk anda sekeluarga.
Sebagai contohnya, anda boleh gunakan serunding ini untuk dijadikan lauk bagi bubur nasi untuk hidangan anda sekeluarga

4. Serunding boleh dimakan dengan mudah bersamaberbagai-bagai jenis makanan lain seperti roti, lemang atau ketupat.
5. Serunding boleh dijadikan inti kuih-muih atau roti anda.
Jika anda rajin memasak atau menyediakan kuih-muih kepada keluarga anda,anda boleh menggunakan serunding sebagai satu bahan untuk inti kuih-muih anda seperti biskut, karipap atau roti.

Begitu juga jika anda seorang peniaga kuih-muih atau roti, anda boleh menambah kelazatan kuih-muih atau roti anda dengan menjadikan serunding sebagai inti kuih-muih anda.


6. Serunding sebagai stok makanan di rumah anda.
Seperti yang saya telah nyatakan, serunding ini memang tahan lama, iaitu sehingga 3-4 bulan. Jadi, dengan mempunyai stok serunding di rumah, anda tidaklah susah-susah nak memasak atau keluar mencari makanan jika anda sibuk atau malas nak memasak.



7. Anda boleh jadikan serunding  sebagai hadiah atau buah tangan..
Jika anda bertandang ke rumah ibubapa, keluarga atau sanak-saudara, ke malis kenduri atau ke rumah rakan-rakan rapat, anda boleh membawa serunding sebagai hadiah atau buah tangan. Bukankah hadiah sebegini lebih bermakna?



8. Serunding kami ini TIDAK menggunakan bahan pengawet.
Serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan kami inidiperbuat daripada bahan-bahan asli serta rempah-ratus asli dari resepi tradisional turun-temurun dan TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG BAHAN PENGAWET.



9. Serunding sebagai  'makanan stand-by' jika anda ke luar negara atau jika anda mempunyai anak-anak yang sedang belajar di luar negara.
Serunding boleh dibawa bersama sebagai makanan standby jika anda ke luar negara. Dari pengalaman saya yang telah ke negara China, Hong Kong, Macau, Thailand dan lain-lain, bukan senang nak mendapatkan makanan yang terjamin halal di luar negara


Jadi, bekalan serunding ini amat penting untuk dibawa supaya anda tidak was-was dan tenang bila nak makan di sana nanti. Tak de sakit perut jika asyik makan mee segera saja (ini telah terjadi kepada adik saya sewaktu beliau berada di Jepun).

Juga jika anda mempunya anak-anak yang sedang belajar di luar negara, anda boleh menghantar serunding ini untuk mereka sebagai tanda ingatan dan sayang anda terhadap anak-anak anda.


10. HALAL dan TIDAK MENGANDUNGI bahan-bahan yang tidak halal atau bahan-bahan yang meragukan.

Anda Pernah Makan Serunding?


Hingga kini, serunding telah menjadi hidangan yang amat digemari ramai dan ianya seperti wajib disediakan sempena Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga ketika ada jamuan makan-makan seperti jamuan rumah terbuka, jamuan makan-makan keluarga ataupun kenduri. 


Buat pengetahuan anda, masih terdapat ramai orang yang masih belum betul-betul tahu tentang serunding dan cara menyediakannya yang memang agak susah untuk mendapatkan rasanya yang sedap, lazat serta tahan lama. 


Sebenarnya, serunding adalah satu jenis makanan tradisional yang dibuat dengan rempah dan dimasak dan dikacau tanpa henti hingga ianya betul-betul kering. Proses pembuatan sebegini yang memakan banyak masa dan tenaga diperlukan kerana dengan cara ini ianya akan menjadi suatu makanan yang memang tahan lama. Ini menyebabkan tidak ramai orang yang mampu membuatnya. 


Tetapi, anda tidaklah perlu melalui semua kesusahan ini semata-mata untuk menikmati serunding ini kerana kami telah menyediakan khidmat menyediakan, membekal dan menghantar serunding dari resepi serunding Kampung Laut sejati ini kepada sesiapa yang meminatinya..dan cara menempahnya di SimplyDlicious.blogspot.com ini amat mudah sahaja...semudah 1..2..3..