Wednesday 11 September 2013

Anda Pernah Makan Serunding?


Hingga kini, serunding telah menjadi hidangan yang amat digemari ramai dan ianya seperti wajib disediakan sempena Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga ketika ada jamuan makan-makan seperti jamuan rumah terbuka, jamuan makan-makan keluarga ataupun kenduri. 


Buat pengetahuan anda, masih terdapat ramai orang yang masih belum betul-betul tahu tentang serunding dan cara menyediakannya yang memang agak susah untuk mendapatkan rasanya yang sedap, lazat serta tahan lama. 


Sebenarnya, serunding adalah satu jenis makanan tradisional yang dibuat dengan rempah dan dimasak dan dikacau tanpa henti hingga ianya betul-betul kering. Proses pembuatan sebegini yang memakan banyak masa dan tenaga diperlukan kerana dengan cara ini ianya akan menjadi suatu makanan yang memang tahan lama. Ini menyebabkan tidak ramai orang yang mampu membuatnya. 


Tetapi, anda tidaklah perlu melalui semua kesusahan ini semata-mata untuk menikmati serunding ini kerana kami telah menyediakan khidmat menyediakan, membekal dan menghantar serunding dari resepi serunding Kampung Laut sejati ini kepada sesiapa yang meminatinya..dan cara menempahnya di SimplyDlicious.blogspot.com ini amat mudah sahaja...semudah 1..2..3..

0 comments:

Post a Comment