Wednesday 11 September 2013

Kenapa mesti serunding?


1. Serunding menjimatkan kos pembelian makanan anda.  Kenapa saya kata begitu ye? Ini kerana, serunding memang tahan lama yang mana dengan 1 pembelian sahaja, ianya akan tahan sehingga 6 bulan. Menjimatkan, bukan? 

2. Serunding ini boleh dinikmati seisi keluarga anda.  Jadi, dengan satu pembelian sahaja, satu keluarga anda akan dapat merasai kelazatannya.
Bukankah ini akan lebih menjimatkan wang anda berbanding dengan membeli makanan segera yang memang mahal (lebih mahal dengan adanya Service Tax lagi tu..)

3. Serunding boleh dicampurkan dalam berbagai-bagai jenis masakan atau hidangan untuk anda sekeluarga.
Sebagai contohnya, anda boleh gunakan serunding ini untuk dijadikan lauk bagi bubur nasi untuk hidangan anda sekeluarga

4. Serunding boleh dimakan dengan mudah bersamaberbagai-bagai jenis makanan lain seperti roti, lemang atau ketupat.
5. Serunding boleh dijadikan inti kuih-muih atau roti anda.
Jika anda rajin memasak atau menyediakan kuih-muih kepada keluarga anda,anda boleh menggunakan serunding sebagai satu bahan untuk inti kuih-muih anda seperti biskut, karipap atau roti.

Begitu juga jika anda seorang peniaga kuih-muih atau roti, anda boleh menambah kelazatan kuih-muih atau roti anda dengan menjadikan serunding sebagai inti kuih-muih anda.


6. Serunding sebagai stok makanan di rumah anda.
Seperti yang saya telah nyatakan, serunding ini memang tahan lama, iaitu sehingga 3-4 bulan. Jadi, dengan mempunyai stok serunding di rumah, anda tidaklah susah-susah nak memasak atau keluar mencari makanan jika anda sibuk atau malas nak memasak.



7. Anda boleh jadikan serunding  sebagai hadiah atau buah tangan..
Jika anda bertandang ke rumah ibubapa, keluarga atau sanak-saudara, ke malis kenduri atau ke rumah rakan-rakan rapat, anda boleh membawa serunding sebagai hadiah atau buah tangan. Bukankah hadiah sebegini lebih bermakna?



8. Serunding kami ini TIDAK menggunakan bahan pengawet.
Serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan kami inidiperbuat daripada bahan-bahan asli serta rempah-ratus asli dari resepi tradisional turun-temurun dan TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG BAHAN PENGAWET.



9. Serunding sebagai  'makanan stand-by' jika anda ke luar negara atau jika anda mempunyai anak-anak yang sedang belajar di luar negara.
Serunding boleh dibawa bersama sebagai makanan standby jika anda ke luar negara. Dari pengalaman saya yang telah ke negara China, Hong Kong, Macau, Thailand dan lain-lain, bukan senang nak mendapatkan makanan yang terjamin halal di luar negara


Jadi, bekalan serunding ini amat penting untuk dibawa supaya anda tidak was-was dan tenang bila nak makan di sana nanti. Tak de sakit perut jika asyik makan mee segera saja (ini telah terjadi kepada adik saya sewaktu beliau berada di Jepun).

Juga jika anda mempunya anak-anak yang sedang belajar di luar negara, anda boleh menghantar serunding ini untuk mereka sebagai tanda ingatan dan sayang anda terhadap anak-anak anda.


10. HALAL dan TIDAK MENGANDUNGI bahan-bahan yang tidak halal atau bahan-bahan yang meragukan.

0 comments:

Post a Comment